Sunday, February 15, 2015

Percutian ke Hong Kong & Macau : Day 2 - Ocean Park & The Peak



Hari kedua di Hong Kong, kitorang pergi Ocean Park! Memandangkan kekangan masa, kitorang kena pilih antara Disneyland dgn Ocean Park. Kalau nak pegi dua2 tempat sekaligus mmg tak sempat. Since Ocean park ni banyak roller coaster & ride yg menggerunkan, kitorang decide utk ke Ocean parkkkkkk!!!!! Yahoooooooooooo. Serious best gila dekat sini. Ride kt sini semua jenis tercabut nyawa, bestt best best!

Kitorang breakfast di guesthouse seawal 8.30 pagi. Dalam itinerary tulis pukul 8.30 dah kena gerak ke ocean park tp biasa lah, janji Melayu katanya. hehe. Lepas breakfast, dalam 9 suku kitorang gerak keluar dari guesthouse. Naik MTR di stesyen terdekat which is Tsim Sha Tsui ke stesyen Admiralty Exit B2. Satu stesyen je, dalam 2-3 minit sampai lah Admiralty. Lagi 1 yg best psl MTR HK ni, korang tak payah risau sesat ke apa sebab setiap stesyen MTR tu ada signboard tulis Exit mana korang nk pegi. Contoh mcm kita nak pegi Avenue of Stars kan, turun dkt stesyen Tsim Sha Tsui, nnt ada signboard tulis Exit E - Avenue of Stars siap dgn anak panah hala tuju korang kena jalan. Mcm detail gila la kt MTR ni. How I wish Malaysia punya train pun akan buat mcmtu 1 hari nanti.

Ok berbalik kepada cerita Ocean park, keluar je dari stesyen Admiralty Exit B2, korang akan nampak anak panah signboard Ocean Park, so nanti korang kena belok kiri & akan ada booth2 jual tiket khas utk Ocean park. Tiket masuk ocean park kitorang dh beli siap2 dkt Star Moon Vacations SB so kitorang just beli return ticket bas utk ke ocean park je lah kt situ. Harga ticket bas return = 21.20HKD. Nanti ada tmpt tunggu bas sebelah tmpt jual tiket tu. Korang kena beratur & ikut turn masuk dlm bas. Bas dia double decker tp waktu pergi kitorang takde rezeki nak dpt duduk kt atas, dpt duduk belah bawah. Waktu balik alhamdulillah merasa dpt duduk dkt belah atas.

Dalam Ocean Park ni ada byk tempat korang boleh explore. Ada Waterfront & The Summit. Waterfront ni dekat belah2 entrance, byk ride utk budak2. pastu dolphin show, show binatang2 semua ada kt Waterfront. The Summit pulak byk thrill ride mcm roller coaster semua tu. nak pegi The Summit kena naik cable car. Kitorang sampai2 je terus naik cable car The Summit memandangkan aim kitorang mmg nak naik permainan2 extreme mcmtu. hehehehe.



Sampai Ocean park dlm pukul 9.45 mcmtu. Time tu tak buka lagi so kitorang tangkap2 gmbr dulu kt luar. Bila dh tepat pukul 10 kitorang pn masuk dalam & tetibe dkt 1 kawasan ni kitorang tgk ramaiiiii gila orang. Ingatkan dorang semua tunggu nak tgk show dolphin ke apa. Kitorang pn menyelit2 antara orang2 ramai tu sbb nak ke cable car utk ke The Summit. rupanya dorang tgh beratur nk ke cable car jugak. Korang pernah tgk x cerita korea yg bila ada jualan murah dkt pasaraya tu? yang bila gate open tu semua serbu lari macam anak-anak ayam nak masuk mall sambil tolak troli? haa mcmtu la kitorang lepas gate bukak. lari ramai2 sambil gelak2 semput tak cukup nafas. Merasa la kitorang situasi mcmtu. Bila igt balik, mcm tak percaya kitorang berjaya lari marathon semata-mata nak jadi antara yang terawal naik cable car. Kenapa nak naik awal cable car? Sebab kitorang malas nak beratur panjang waktu naik roller coaster! tu je. haha.

Kitorang tak jumpa any halal restaurant dalam ni. NO. tapi ada 1 je kiosk halal, tu pn tutup. Kebulur lagi kitorang tak makan since breakfast. Time masuk ocean park ni akan ada security yg cek bag korang tp dia takde lah cek bersungguh pn, bag saya kecik je so dia x cek lgsg pn. Kalau korang nak bwk biskut ke roti ke utk alas perut, boleh la pandai2 selit2 sorok2 dalam bag ye. Kitorang keluar dari ocean park dlm pukul 4pm menuju ke tempat yang paaaaling saya nak pergi. THE PEAK! Before that, enjoy the pictures!

Roller coaster entrance : Hair Riser

Must-ride-this : The Flash

Mine train

Botol air ocean park ni saya beli untuk adik. harga : 70HKD


Tips @ Ocean Park : Kalau korang minat extreme ride, masuk je Ocean park terus naik cable car utk pergi ke The Summit. Belah2 bawah utk tgk dolphin penguin show semua tu kemudian boleh tengok. Extreme ride tak ramai sgt org beratur. tak tau kenapa, mungkin orang2 HK ni tak suka naik extreme ride. haha. Kitorang naik roller coaster waiting time tak sampai 5 minit pun. Ride yg korang kena try : SEMUA! Tapi paling best & rugi kalau tak cuba - The Flash. And saya suggest LAST RIDE yang korang patut main - Mine Train. Roller coaster ni nampak macam "eleh budak-budak pn boleh naik, macam makan kacang goreng je ni" , haa you-better-watch-out sebab Mine Train ni akan buat korang rasa taknak naik mana-mana ride dah lepastu. Cuaks woi.

---------------------------------------

Keluar dari Ocean Park, kitorang naik bas balik ke MTR stesyen Admiralty. Dari stesyen Admiralty tu kitorang ke stesyen Cental Exit J2 utk ke The Peak.

Direction utk ke The Peak : Keluar exit J2 stesyen Central, jalan kaki ke Ground level. Nanti belah kanan nampak Charter Garden. Charter Garden ni keadaan dia mcm kawasan lapang & nanti korang akan nampak ramai orang dekat situ berhenti utk tgkp2 gmbr. Dari charter garden tu korang jalan ikut direction utk ke Bank of China. lepastu korang kena cross jalan Queen's Road Central & jalan terus ke Garden Road. Akan melepasi Bank of China & Citibank Plaza di belah kiri & St. John's Cathedral di belah kanan. Terus je jalan dalam 5 minit & nanti korang akan nampak The Peak Tram Station. Korang kena naik tram utk ke The Peak.



Dalam pukul 5 kitorang sampai dkt bawah The Peak tram ni. MashaAllah panjang sangat-sangat orang beratur nak naik tram utk ke the peak. kitorang sebenarnya target nk sampai atas sebelum hari gelap, paling lmbt pukul 6 la sebab kt HK ni pukul 6 lebih dh gelap. tapi xde rezeki, sebab kitorang Q nk naik tram pn dh sejam lebih. So smpai atas dh nk dekat pukul 7. Dah gelap dh pn. So gambar pn tak berapa nak banyak & cantik. Plus, ramai sangat2 orang dkt atas tu. Nak tgkp gmbr pn susah sbb masing2 berebut nak duduk dkt port yang cantik. Mungkin sebab kitorang pegi hari Ahad, which is weekend for HK people so ramai la yg naik atas ni.

Kat atas the peak, tempat kitorang tgkp gmbr, nama dia Sky Terrace. MashaAllah sejuknya!!!! Tak tau la sejuk dia mcm mana nak gambar dengan kata-kata. Agaknya bawah 10 degree, atau mungkin 6,7 degree. Menggeletar kitorang kesejukan. Duduk atas tak lama pn sbb masing-masing dah tak tahan sejuk. Lepas tgkp2 gmbr & tgk view, kitorang turun. Dah la nk turun tu, kena Q lagi utk naik tram nk turun bwh pulak. bayangkan dgn suhu yg 7 degree tu, kena Q utk sejam lagi........ haiyoooo. beku. Oh ye, kt atas the peak ni ada tmpt utk korang tulis ucapan korang dalam 1 kad berbentuk love, pastu korang ikat kad tu dkt tmpt yg disediakan. Ala, ala-ala kunci hati dkt Korea/Paris tu la. So ramai la couple2 yang tgkp gmbr dkt sini. Saya hanya memerhati dari jauh sambil buat ucapan dalam hati "I wish you were here". Kakakakaka drama sangat!



Sampai bawah the peak dlm pukul 8.30 macamtu. Kitorang pegi ladies market lagi sekali memandangkan shopping semalam rasa tak puas. Kali ni kitorang ke Mong Kok, dapat tengok live masyarakat HK buat protest sebab tak suka dgn government dorang yg skrg. Mcm kt Malaysia la ada buat perhimpunan Bersih semua tu. hehe. Sebelum ni baca psl protest HK ni dkt dlm tv & internet je. Harini dpt la tgk live. Btw, hari kedua ke ladies market ni dpt la beli handbag utk mak, robot lego utk abang & adik, wallet sulam utk mak,kakak & kakak2 ipar. kisahnya beli souvenir utk orang lain, souvenir utk diri sendiri lupa nak beli. choy! -_-' Dalam pukul 11 kitorang beransur pulang ke guesthouse. Kaki pun dah sakit-sakit. tak sabarnya esok. Kami nak ke - THE VENETIAN, MACAU!!!!! Tempat shooting Korean drama ; Boys Over Flowers. hihi. :p

Robot lego ni harga dia 25HKD = 1pc. Lepas bargain dpt 20HKD = 1pc.


Tips @ The Peak :Kalau nak pergi The Peak, elakkan pergi on weekend. Weekend tersangatlah ramai orang sebab orang HK cuti kerja macam kita jugak, on weekend. So memang pack dkt atas tu, nak tangkap gambar pn kena berhimpit & berebut dengan orang ramai untuk dapatkan angle cantik. lol. Kalau waktu korang pergi naik tram ni tgh ramai orang mcm waktu kitorang pegi ni, korang kena tolak-tolak waktu nak naik tram ni. I repeat, YOU NEED TO TOLAK-TOLAK & BERKERAS! Sbb org kt sana sangat rude, ramai yg buat muka selamber potong line, pastu waktu nak naik tram selamber je tolak orang lain tanpa rasa bersalah. Budak-budak pun dorang selamber je himpit. So, lesson learnt. kalau korang tak berkeras, mereput la korang kt situ tak dpt naik tram. Lagi satu, waktu naik naik tram ke atas atau nk naik tram utk turun ke bawah, jaga line korang betul-betul. terlampau ramai yang cuba nk potong line. kitorang siap buat ala-ala exercise waktu tgh Q tu sebab taknak kasi orang potong line hahaha :D

And a wrap for day 2,
Noorihan at the top of The Peak.



xoxo, N.


Click link di bawah untuk baca entri lain HK-Macau Trip Februari 2015 :
-DAY 1 : Ngong Ping 360, Citygate Outlet, Avenue of Stars & Ladies Market
-DAY 3 : Masjid Ammar & The Venetian Hotel
-DAY 4 : Gondola ride at Venetian & Macau Tower
-TOTAL EXPENSES

Related Articles

5 comments:

  1. Salam,

    Nak tanya.. Sebelum sampai HKG, u dah beli tiket the peak siap2 kat starmoon vacations kan. So, bila kat sana still kena berbaris sama cam org lain ke or ada special lane for online purchase ticket?
    Thx.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Utk The Peak mmg kena beratur sama mcm org lain, unless pergi dgn travel agency, ada lane khas. Kitorang beratur panjang gila time pergi haritu, almost 1hour++ sbb time weekend kan, ramai sangat orang. Sampai atas pn dh gelap. Tapi kalau Ngong Ping 360 cable car ada lane khas for online purchase so xpayah beratur pnjg sgt.

      Delete
    2. Salam kak.. Klau nak beli2 or nak byar mkn kat dalam ocean park kena guna duit biasa ke macam kat sunway lagoon?

      Delete
  2. salam . kt ngong ping dgn ocean park tu ad special lane ke for online purchase ticket?ke cmne ? hehe

    ReplyDelete

YayannnnB. Powered by Blogger.