Sunday, February 7, 2016

Unplanned trip to Phuket, Thailand



As you can see in the headline, "Unplanned Trip". Yes, it was unplanned. Memang takde dalam bucketlist pun nak pergi Phuket. At the first place nak pergi Koh Samui. Ni semua sebab terjumpa gambar Ang Thong National Marine Park, aduhai cantiknya. Memang tempting betul. Terus terkeluar idea gila nak pegi sana tiba-tiba tanpa tengok duit dalam bank ada berapa. Tanya kawan yang rapat semua out of budget & susah nak dapat cuti. Takkan nak pergi sorang pulak kan. Then try tanya highschool mate, Mija thru whatsapp. "Mija, jom pergi thailand minggu depan", & Mija balas "Jom, bajet berapa?". Memang happy sangat time tu sebab ada orang nak layan idea gila seorang Yayan ni.

So 3 bulan lepas on the 14th November, which is 4 hari sebelum fly, book 2 tiket flight pergi Surat Thani. Tiket pulak murah, memang terus book lah. RM 144 sorang return. Then terus buat research pasal Samui dekat google & all social media. Masa tu tengok update orang dekat sana cakap Samui macam banyak kali hujan. So aktiviti macam terbatas. Takut nk ambil risiko, so a day before fly kitorang decide untuk tukar trip ke Phuket. Gigih google ada tak transportation dari Surat Thani nak ke Phuket, and yes alhamdulillah ada. Cuma ambil masa agak lama jugak nak sampai.

Trip kali ni 4 hari 3 malam, tapi sebenarnya 2 hari full je kitorang ada masa dekat Phuket sebab 1st day dgn last day tu habis masa utk travel dari & ke airport surat thani je. 1st day tu, touchdown Surat Thani Airport dalam pukul 12 lebih, setel imigresen terus ambil bas Phantip ke Surat Thani Town, harga 100baht. Keluar je pintu airport tu memang akan terus nampak bas berderet tunggu. Jangan salah ambil bas pergi Jetty Koh Samui pulak! To be safe, tanya lah dulu dekat driver bas tu.

Depan office Phantip Travel


Surat thani airport ke surat thani town dalam 45 minit, depends on traffic. Nanti driver bas akan turunkan dekat office Phantip Travel, so dekat office tu beli tiket ke Phuket Town. Ada option sama ada nak naik mini bus (van) atau bus. Kitorang haritu naik bus harga 195baht. Sebelum tu cari simcard dkt kedai phone area Phantip tu. 299baht, 2.5gig for 5days. Perjalanan ambil masa 4 jam lebih. Bas ok, selesa. Siap sedia bawak earphone untuk elak kebosanan dalam bas. Kitorang tidur je sepanjang jalan. Buka mata, tak sampai jugak. Lepastu tidur, lepastu buka mata tak sampai jugak. Lama betul rasa dalam bas tu.

Dalam pukul 8 malam sampai Phuket Town, bas akan berhenti dekat stesyen bas Phuket Town. Time tu mcm dah lost tak tau nak pergi area Patong naik apa. Try tanya local people yg naik satu bas dengan kitorang tadi, dia pn mcm tak sure. Lastly masuk dalam stesyen bas tu tanya dekat information counter, dia suggest naik taxi. Ada sorang lelaki ni offer kitorang naik taxi 400 baht. Mahal. Kena ketuk lah kitorang sebab tourist. Sebab haritu dh google dari phuket town ke Patong cost dia dalam 100baht sorang je. Nak try keluar dari stesyen bas tu cari taxi luar tapi dah malam, gelap sangat. Takut jugak.

Tengah buntu fikir cara nak pegi patong, ternampak satu couple mat salleh ni nama Carlos & Caiti dorang pn mcm buntu jgk. Try pegi dekat dorang & dorang start approach tanya nk pegi mana? Alhamdulillah sama-sama nk pegi Patong, so kitorg tanya lelaki taxi tadi tu kalau 4 orang naik cab berapa? Dia ckp 125baht sorang. So kitorang rasa ok lah kot harga tu, terus naik taxi dalam 30 minit ke Patong & driver tu hantar sampai hotel. Carlos & Caiti ni duduk hotel lain, dalam 10-15minit dari hotel kitorang. All the way ke Patong tu kitorang borak-borak dgn couple tu & tukar number phone sebab nanti dorang nk dtg KL lepas travel ke Thailand ni. So boleh kitorang bwk dorang tour KL. By the way, hotel dkt Patong kitorang book dekat Booking.com - Dfeel Hostel. RECOMMENDED! Murah, bilik luas, bersih, receptionist yg sangat baik & peramah, lepastu sangat dekat dengan halal restaurant, masjid, jalan kaki ke Patong beach dalam 15-20 minit. Takde masalah pun bagi kitorang utk jalan kaki.

Receptionist paling best yang saya pernah jumpa sepanjang saya travel, Lea atau nama sebenar dia Raya. I miss you Lea!


DFeel Hostel. Nice decoration, spacious room & comfort bed. Siap ada balcony okay.


Sampai je Dfeel Hostel dalam pukul 9 lebih, terus check in & bersihkan diri. Dapat whatsapp dari Carlos ajak pegi cari dinner, kitorang pun siap-siap & turun lobby. Dorang dh tunggu dkt lobby. So malamtu kitorang cari makan dkt area patong beach. Beli ice cream atas kuali tu dkt entrance bangla road. bangla road tu kitorang sempat jugak jalan dkt situ, hewhew. mengucap panjang masuk situ.

Dengan Carlos & Caiti dekat restaurant area Patong Beach


Second day kitorang jalan-jalan je cari souvenir. Jalan kaki dari hotel ke Patong beach, beli mango shake yang pure gilaaaa tersangatlah sedap harga 80baht. Lepastu sambung jalan ke area bangla road tu sampai lah hard rock cafe. Jauh jugak jalan, time balik dh tak larat nk jalan kaki so decide naik tuk tuk, sorang 100baht. Sampai hotel dalam pukul 3petang, rehat.

Kalau pergi Phuket area Patong Beach cari kedai kakak muslim ni tau! Sedap gila mango shake & air kelapa dia. Fresh and pure.! Dah la peramah orangnya.


Ambil package island hopping pulau dekat travel agensi ni, panggil dia Mat Yo je. Kedai dia kecik je dekat deret2 kedai berhadapan Patong Beach.




Malam lps maghrib tu kitorang keluar dinner dengan Razeen, Icak & Azmi. Dorang ni kawan dari Malaysia yg sampai Phuket sehari sebelum kitorang. The best part is kitorang duduk dkt hotel yg sama. Haha! Ok itu kelakar. Andddd time tu hujan, kitorang jalan kaki sambil pakai raincoat okay ke patong beach tu. haaaa hebat tak kitorang!? haha. thank you Razeen & Azmi sbb belikan raincoat pink. :D Dinner malamtu makan seafood dekat tepi Patong beach. Share 5 orang, so sorang 350baht. Memang puas hati makan dekat situ, kenyangggg. Happy dapat makan sedap sedap hehehe. Lepastu jalan jalan cari pancake & balik hotel.

Malam kedua - Kitorang dinner dengan geng dari Malaysia. Razeen, Icak, Azmi. :)


Mango Pancake. alahai sedapnyaaaa.!


Hari ketiga - Razeen, Icak & Azmi balik Malaysia harini tapi tak sempat jumpa sebelum dorang balik Malaysia sebab kitorang masuk pulau. Takpelah, jumpa dekat Malaysia je lah nanti ye. hehe. Selalu kalau org pegi Phuket atau Krabi orang akan pegi Phi Phi Island kan? Tapi kitorang tak. Bagi kitorang Phi Phi Island tu mcm dah common sgt, so kitorang ambil package ke Racha Island & Coral Island. Sumpah tak tipu Racha Island tersangatlah cantik. SubhanAllah. Air hijau emerald ok! Rasa taknak balik. Huaaaaa. Even sampai skrg tak boleh move on lagi. Package kitorang ambil dkt sorang brader ni dkt depan patong beach, nama dia Mat Yo. Nama dia Yo je sbnrnya tapi kitorang yg bg dia nama Mat Yo. hehe. Kemain speaking dengan dia, last last dia boleh cakap kelantan. cheh! Harga package lepas bargain kitorang dapat 900baht sorang. Murah oi. Habis semua skill bargain keluar. hahahaha. Package dah termasuk pick up & drop off dkt hotel & halal lunch dkt Racha Island.

Coral Island


Racha Island. Wuuuu hijaunyaaaa air dia. Wuuuu.


Hari ke 4 - hari terakhir dekat Phuket,seawal 7.30 pagi dah tunggu mini bus dkt lobby hotel nak balik ke surat thani town. Kitorang book mini bus dkt mat yo je. sorang 200baht. Janji utk pick up pukul 8 pagi. So kitorang jalan kaki kejap pegi hawa halal restaurant dkt area muslim restaurant tu utk beli Thai milk tea & green tea.

Alahaiii sedapnya, tak pernah jumpa lagi milk tea sedap mcmni sepanjang hidup.


Flight kitorang pukul 5 petang tapi keluar awal sebab dari phuket ke surat thani kan jauh, plus takut traffic buat hal ke nanti kan. Sampai office Phantip dkt surat thani town tu kitorang ambil bus ke surat thani airport for 100 baht. Sampai surat thani airport dalam 2 lebih, solat & pukul 4 terus masuk gate utk depart ke Kuala Lumpur. Oh ye, dekat surat thani airport takde surau, kitorang try tanya staff dkt airport tu ada tak bilik kosong utk solat, stor pn takpelah. Diorang tak kasi, & cakap takde. Kedekut betul. Lastly kitorang solat atas kerusi je. Takpe, islam itu kan mudah. :)

Sampai airport dalam pukul 8 malam & terus drive balik rumah. Unplanned trip but it was one of the best trip ever! <3 Allah je tahu mcm mana happy dalam diri masa dekat Phuket. Jatuh cinta. I'll come again, for sure. Nak pegi Promthep Cape & sewa jeep ala-ala cerita Sejoli pulak lepasni. hihihihi. Till then, bye!

And a wrap for this post,
Yayan in Patong Beach, Phuket.

Related Articles

1 comment:

YayannnnB. Powered by Blogger.