Saturday, March 5, 2016

Percutian ke Macau > Manila > Cebu - Day 2


Hai korang, assalamualaikum! Tengah buat apa tuww? Tengah buat itinerari trip ke? hikhik. Okay jom sambung entri hari ke 2 pulak.

Hari kedua kitorang jalan-jalan dekat Macau je sebelum naik flight pegi Manila pukul 8 nanti. So, dalam pukul 10am kitorang siap-siap nak check out hotel dah. Check out smooth je, tak ramai orang. Lepastu kitorang jalan kaki ke The Venetian untuk letak backpack dekat luggage storage sebab nak jalan-jalan takkan nak bawak backpack kot oi. Fee untuk luggage storage = 10HKD/bag.

Benda pertama kitorang buat haruslah makan! lapar kot. terus pegi food court venetian & terjah kedai nama Indian Spice Express, the only halal restaurant in The Venetian. Kedai memang banyak dekat foodcourt tu tapi non-halal. Satu dish range harga dalam 80HKD lebih kurang +-RM40 lah. Nak tercekik tengok harga. Sebagai backpacker sejati apa yang kitorang buat? Haruslah kongsi. Beli 3 jenis makanan & share 5 orang. Alhamdulillah boleh alas perut dari kelaparan dekat bumi yang susah nak cari halal food ni. Lagipun makan berjemaah tu kan bagus. :p Dapatlah merasa makan berbumbungkan awan tiruan yang cantik.


Ni dekat area lobby Holiday Inn Macao Cotai Central


Briyani chicken, tandori chicken, chicken curry. Nyums! Each set around 80HKD.



Sempat singgah kedai dalam Venetian tu untuk beli souvenir sikit. Lepastu, kitorang naik shuttle bus ke Grand Lisboa. Dan macam biasa, jalan kaki ke Senado Square. Kengkawan lain nak beli souvenir dekat Senado Square pulak. Dan menyedihkan, kitorang jumpa 1 kedai pakcik dekat lorong sebelah tourism centre, yang mana moreee cheaper than dekat Venetian tadi. So kami pun berhuhuhuhu beramai-ramai. Menyesal tak sudah. Tapi dorang yang lain borong jugak lah souvenir dekat pakcik tu, nak habiskan duit HKD. Lupa nak tangkap gambar pakcik tu & kedai dia, takpe nanti sila cari sendiri. Landmark dia, lepas dari tourism centre dkt senado square tu, ada lorong kecik belah kiri. kedai pakcik tu yg first sekali. Pakcik tu baik sangat, murah dengan senyuman (teruja sebab susah nk jumpa orang macau yang suka senyum), and nak bargain pn boleh. Tapi jgn lah bargain lebih-lebih, kesian dekat pakcik tu. Huhu. (Naluri macam mak mak, mudah kesian)

Lepas dah selesai beli souvenir kami pun gerak balik ke Venetian amek backpack & terus ke airport. Naik shuttle bus free dekat depan main entrance Venetian untuk ke airport. Lama jugak nk tunggu flight sebab kitorang sampai awal dekat airport. Masa scan barang, backpack Dyana bunyi. Terus pegawai kastam tu selongkar backpack dyana. Selidik punya selidik, sekali dia keluarkan nutella. Dia cakap tak boleh bawak, kena check in. Padahal saya pn ada bawak nutella jugak, tp mungkin bernasib baik, lepas. Dyana pn cakap dekat pegawai tu tinggal je nutella tu, dia taknak bawak. Pegawai kastam tu campak nutella tu dalam tong sampah. Kesian Dyana, dia buat muka stress sebab tengah fikir nanti nak makan roti gardenia dengan apa. kahkah!

Ada orang sebelah kitorang, rasanya orang Macau, pun kena tahan jugak. Dia bawak gunting yang size kecik tu dalam bag, pegawai tak bagi. Pastu dia maki-maki dalam bahasa ibunda dia sampai satu airport dengar. Ya ampun, dah la hang bawak benda yang memang tak boleh bawak naik cabin, pastu hang maki pegawai pulak. Apomondo? Memang kalau pergi macau atau hong kong ni, kita boleh nampak bezanya orang sana dengan orang kita. Orang kita ni penuh dengan budi bahasa. Hehe. Masa dalam flight, macam biasa kena isi immigration form. Kalau nak pegi Macau tak payah isi form pun. Actually sebelum flight macau-manila ni saya kena migrain. Sakit sangat kepala sampai tertidur masa tengah isi immigration form dalam flight tu. Alhamdulillah nasib baik sampai je manila migrain hilang.

Immigration form ni kena isi untuk masuk ke Philippines. Dalam flight dia kasi.

Sampai airport Manila (Terminal 3) dalam pukul 11 malam, kitorang terus keluar dekat arrival hall tu & cari coupon taxi. Memang dah buat research sebelum ni kalau nak naik taxi amek yg pakai meter, tapi kalau kitorg berlima kena amek 2 taxi, bila buat kunci kira-kira sama je dengan amek coupon taxi. So kami decide nak naik coupon taxi je. Dan memang dah tau nak pegi area Makati, fare dia 440Peso per coupon taxi. Masa kitorang tengah cari teksi tu, jumpa sorang perempuan filipino yang jaga coupon taxi. dia cakap 700 peso. saya tanya dia, bukan ke patutnya 440 peso, tapi kenapa dia ckp 700 peso? Pastu dia buat muka macam "alamak, kantoi! dia tau pulak." Silap orang lah dia nak tipu, saya dah buat research 7 bulan sebelum trip kot. kahkah! Lastly dia cakap no, cannot 440 peso, 500 peso. Dan kitorang malas nak bertekak sebab dah malam, kitorang pn setuju je dengan harga 500 peso tu.

Pernah terbaca 1 blog ni bagitau, kalau naik teksi dkt philippines ni kena hati-hati sbb banyak scam. Sebenarnya dekat mana-mana negara pn ada, malaysia pn ada. hehe. Tips yg saya baca dekat blog tu, naik je teksi, tengok nombor plat teksi tu & then buat-buat call parents bagitau kita dh naik teksi & sebut nombor plat tu kasi taxi driver dengar so nanti kalau dia nk buat jahat pn mcm terbantut lah. Dan..... yes, itulah yg kami buat. haha!!!!! Jemah selaku pelakon utama drama, buat-buat call mak dia. Time tu semua tahan gelak sambil pandang tingkap. Padahal simcard pun tak beli lagi. Kah.

Tapi alhamdulillah, pakcik teksi tu baik. Dia siap borak-borak lagi cerita pasal dia pernah kerja dekat bumi arab lama, and dia boleh cakap arab. Ternganga kitorang dengar dia cakap arab. Dia fasih english, so senang kitorang nak communicate dengan dia. So bila sampai je dekat Our Awesome Hostel, terus check in & dapat bilik dekat tingkat 8. Part paling best, bila kitorang dapat bilik dorm yang ada 5 katil double decker = 10 katil. Sedangkan kitorang book untuk 6 orang je. Memang semua cop katil bawah, 5 katil atas dibiarkan kosong. Agaknya kitorang pegi time weekdays kan so banyak bilik kosong, dia kasi je kitorang bilik yg katil banyak tu.

Candle light dinner dekat rooftop. Kerlassss jah. Padahal maggi je pun. Kahkah.

Muka-muka penat. #Sisterhood


Lepas letak bag, semua dah kelaparan, terus naik rooftop dekat tingkat 10. Satu level dengan tempat check in tadi. SubhanAllah sisterrrrr, cantiknyaaaa rooftop dia! Nampak Makati City dari atas rooftop tu. So malamtu kitorang dinner megi dan air milo je bernightviewkan Makati City. Receptionist tu cakap wifi dalam bilik takde, hanya ada dekat rooftop. Frust jugak bila dengar macamtu. So masa dkt rooftop kitorg update apa yang patut then dalam pukul 1 pagi tu masuk bilik untuk tidur. Surpriselyyyyy ada wifi dalam bilik! Entah macam mana boleh dapat. Joget-joget bebudak tu bila ada wifi dalam bilik. (Dasar manusia moden, tak boleh hidup tanpa wifi. Huh.) Dalam pukul 2 pagi semua tidur sebab esok pagi nak pegi Taal Volcanooooooo! Zzzz.

Yayan in Senado Square. It's raining! :D

Related Articles

3 comments:

  1. assalamualaikum and hi :) ! memandangkan airasia tengah murah. agaknya kalau saya pergi HK and Macau end of oct okay tak cuaca sana? sebab ada tanya kawan yang dah pernah pergi. Katanya nanti panas time tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. kalau cek dekat www.discoverhongkong.com, bulan 10 musim autumn, which is tak panas sgt. biasa je. tapi kalau nak rasa musim sejuk dekat sana pegi la bulan december/januari/februari. :)

      Delete

YayannnnB. Powered by Blogger.