Saturday, March 19, 2016

Percutian ke Macau > Manila > Cebu - Day 3


Hai geng. Harini kitorang pegi gunung berapi. Ambil Taal Volcano day trip package. Taal Volcano ni terletak dekat kepulauan Luzon di area Batangas, Tagaytay. Naik kereta dalam 2-3 jam perjalanan dari bandar Manila. Dulu masa tgh buat itinerari trip ni, agak pening jugak bila fikir apemende nak buat dekat Manila ni, macam taktau apa yang best dekat sini. Google punya google, terjumpa lah Taal Volcano. Pakej day trip paling murah saya jumpa dengan lelaki filipino nama Bryan. Bryan ni local people dekat area Tagaytay tu, rumah dia dekat je dengan boat station. Sebab tu kot dia boleh kasi harga murah.

So kitorang bertolak seawal 8.30am. Ada driver pickup kitorang dekat depan hostel, nama driver tu Robert. Driver yg sgt baik dan ramah dan best dan fasih gilo english kalah kami ni. So dalam kereta 2 jam perjalanan nak ke boat station. Sebelum sampai taal volcano ni, korang kena naik boat dalam setengah jam & korang akan dibekalkan dengan life jacket yg tak berapa nk rupa life jacket pn. Sebab apa? Sebab life jacket tu diperbuat daripada polisterine! kahkah. kau ada? Time pakai tu mmg fikir "ni kalau bot karam ni mmg innalillah". Tak secure langsung! tapi alhamdulillah everything went well.


Lepas dah naik bot, kitorang turun dekat satu kawasan perkampungan. cantik wehhhhh. ahh tak tau lah nak describe cantik dia macam mana. nanti tengok gambar kat bawah. dekat kampung ni korang akan naik kuda selama 40 minit macamtu untuk naik ke Taal Volcano. Nak jalan kaki pn boleh, tp pakej kitorg dh include naik kuda so naik je lah kenapa nak tolak rezeki!? First time merasa naik kuda. Sakit pinggang! Dah la lalu dekat cerun bukit yang curam, kalau kuda tu mengamuk tak ke naya jatuh bawah tu? Fuhh. Nauzubillah.

Sampai je Taal Volcano, first thing kitorang buat belikan air untuk horseman masing-masing. kesian tarik kuda dari bawah tadi. berapa la agaknya gaji dorang ni. sedih tengok, kehidupan dorang dekat sini daif sgt. insaf sekejap. lepas dah insaf tu terus bergambar lah apa lagi! Meh nak cerita sikit pasal Taal Volcano ni.

"Taal Volcano is the smallest active volcano in the world. It is the second most active volcano and one of the most dangerous in the Philippines with 33 historical eruptions. The volcano is in the lake in the island."


Where in the world can you find a volcano within an island on a crater within a lake? Haa faham tak? Kalau tak faham, faham-faham kan je lah. Saya pun sampai sekarang pening nk fahamkan pasal Taal Volcano ni. Kahkah. Lepas menikmati indahnya ciptaan Tuhan & puas bergambar kitorg pun turun sebab hujan dan turun rintik-rintik. Lagi sekali, naik kuda turun ke bawah. Horseman saya tu umur dia baru 15tahun. Kecik-kecik dah kerja kuat utk sara hidup. Lepastu tak habis-habis dia mention "tips" dekat saya. Dah sampai bawah saya bagilah tips sikit dekat budak tu. Kesiann.

Lepas habis trip, kitorang dihidangkan dengan fresh coconut juice sebelum balik manila. Dalam pukul 2pm balik Manila, waktu mula-mula naik kereta tu kemain lagi dok berduet ramai-ramai dengan Robert nyanyi lagu Pangako Sayo. Robert bukak youtube lagu tu. Lepastu Robert ajar kitorg sikit-sikit cakap Filipina. Time tu semua nama filem Jericho Rosales terkeluar, pangako sayo, sanay wala nang wakas. Setengah jam je riuh, masuk minit yang ke 31 semua pengsan tidur mati tak sedarkan diri sebab kepenatan. Nak kata tarik kuda, tak pun. Mungkin penat rasa cuak bila kuda lalu dkt lereng-lereng bukit tu. Haha! Kesian Robert drive sorang-sorang. Ok jom layan gambar duluuuu.

this is BAE

Robert, Bryan & his family



Sampai je dekat Manila kitorang mintak Robert drop kitorang dekat Mall of Asia sebab nak cari halal restaurant kat sana, nama restaurant tu Martabak Cafe. Ya Allah besarnya mall ni! Fyi, mall ni mall terbesar di Asia. Byk building. Pusing-pusing cari Martabak cafe tak jumpa. Keluar masuk keluar masuk building sebelah tak jumpa jugak. Dah lah setiap kali kita nak masuk building dkt mall ni, ada security yg akan check bag kita. Kena buka bag, tapi dia cek ala kadar je buat syarat.

Masa dah pening time cari tu dan kelaparan yang teramat, kitorang pegi tanya dekat staff yg jaga locker. Dia pun tak tau. Tiba-tiba ada sekumpulan orang Malaysia yang tengah duduk dkt area locker tu tegur kitorang, borak-borak kejap. Rupanya dorang semua nak pegi naik Mount Pulag esok. Huaaaa sis jealous. Mount Pulag tu one of the gunung yg saya teringin nak naik, sebab cantik sangat & ada cloud nine. Hmm hmmm. Dorang tunjuk lokasi Murtabak cafe tu dekat mana, rupanya dh tak jauh dari tempat kitorg borak tu. 10 saat jalan dah sampai.

Lepas balik makan, kitorang call Robert & dia pick up kitorang dekan depan Mall of Asia tu. Esok transportation nk pegi airport untuk ke Cebu kitorang dah book Robert, senang, tak payah nak tahan teksi. Sampai hostel, mandi & dengan berpakaian baju tidur (confident takde orang dekat rooftop), kitorang pn naik rooftop untuk makan maggi. Sampai je pintu rooftop tu, terkejut beruk nampak budak-budak Mount Pulag tadi ada dekat rooftop. Kau dah lah pakai baju tidur, pakai tudung selekeh-selekeh berserta selipar jamban, lepastu sekali nampak orang ramai-ramai. Dapat bayangkan tak betapa malunya time tu? Kitorang memang terus patah balik terus pegi pantry & time tu fikir nak buat apa. Lastly teruskan je buat muka tak malu lepak rooftop sebab fikir tu last night nk lepak dekat rooftop best tu.

Lepak rooftop makan maggi dengan baju tidur comel, tudung selekeh, dan sambil tekan kalkulator kira hutang masing-masing. Gigih tekan kalkulator kecik yang dibawa dari Malaysia dengan dikelilingi ramai orang Malaysia di bandar Manila. Priceless woi moment tu. Biasalah kalau pegi travel, ayat "kau guna duit kau dulu, aku malas keluarkan wallet dalam bag" selalu terjadi. sebabtu kitorg mengira hutang malamtu bertemankan bintang dan bulan. lepas setel semua, kitorang say baibai dekat geng mount pulag dan kembali ke bilik untk tidur. sambung entri hari ke 4 later. tata.

Yes! Yayan at the top of Taal Volcano.

Related Articles

2 comments:

  1. salam. berapa ye harga untuk pakej ke Taal Volcano? ada contact number agen tu tak? thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok details dekat sini:
      https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1224939957535493.1073741829.100000585002768&type=3

      Delete

YayannnnB. Powered by Blogger.