Friday, April 1, 2016

Percutian ke Macau > Manila > Cebu - Day 4



Assalamualaikum. Last week Air Asia ada buat promo free seat. Siapa yang dah berjaya grab free seat tu? This time saya tak beli mana-mana tiket sebab takde plan lagi nak ke mana mana hujung tahun ni atau awal tahun depan. Hehe. Okay jom sambung cerita hari ke 4. Hari ke 4 ni hari yang ditunggu tunggu oleh kitorang semua. Sebabbbb...... NAK PEGI CEBU! NAK BERENANG DENGAN WHALESHARK! LOL. Tapi nanti whaleshark yang gelakkan kitorang dalam air...... kihkih. Nak tau kenapa? Tunggu entri hari ke lima nanti.

So untuk hari ke 4 ni takde benda sangat nak cerita pun sebab kitorang fly ke Cebu. Tapi macam-mana benda klako terjadi. Bangun pagi, makan roti dengan nutella (I punya nutella tak kena rampas dengan imigresen Macau okayy, Dyana punya je yg kena kihkih), lepastu packing & terus check out. Lepas check out, jalan kaki ke restaurant halal dekat Bonifacio Global City, nama restaurant tu Persian Palate. Dekat je dalam 20minit kot jalan. Sambil jalan-jalan boleh tengok bandar Makati sekali.

Masuk je restaurant tu, terkejut lagi sekali sebab tengok penuh dekat meja dengan geng mount pulag. Astagaaaa. Dalam hati cakap, 'dorang lagi. tak naik-naik gunung ke dorang ni?' hahahaha. Nasib baik kali ni pakaian dah sopan, bukan baju tidur dengan tudung selekeh lagi. Dorang ajak duduk sekali. Memang penuh restaurant tu dengan orang Malaysia, pastu buat bising dekat negara orang. Tak sedar diri betul kahkah.

Lepas dorang habis makan, dorang pn say babai kat kitorg sebab dah nak pegi naik gunung. Haa, jangan jumpa lagi dah la lepasni! Ada jodoh untuk diriku agaknya dekat dalam kalangan geng mount pulag tu, sebabtu asek terserempak je. hahahahah! :p kitorang teruskan makan, borak-borak kejap & terus balik hostel. Tunggu Robert dekat rooftop. Robert janji nak datang amek pukul 3. Untuk fly ke Cebu dari Manila ni, kitorang terpisah flight. Kakak-kakak (Saya, Dyana & Lia) naik Philippine Airlines flight pukul 7pm, adik-adik (La & Jemah) naik Air Asia flight pukul 8pm. Sebab haritu beli tiket asing-asing. Untuk pengetahuan korang, Philippine Airlines akan fly dekat Terminal 2 & Air Asia akan fly dekat Terminal 3. Nanti kalau korang nak datang sini jangan tersilap pulak. Dekat Manila sahaja ada 4 Terminal. Lol.









Dah pukul 3 tapi Robert tak datang jugak, Robert mesej cakap dia ontheway, dlm stgh jam lagi dia sampai. Robert pagi ni ada bawak org ke Taal Volcano, so lepas je habis trip tu dia terus datang pickup kitorang. kakak-kakak ni dah risau sebab flight tak check in lagi. Nasib baik ada pc dkt rooftop tu, kitorg decide utk check in online je & print. Guna pc free tapi nak print kena bayar. Charge untuk print 1 copy 5 Peso sajo.

Robert sampai je kitorang terus berlari sebab dah lambat. Robert hantar kitorang ke Terminal 2 dulu sebab flight kakak-kakak akan fly awal sejam dr adik-adik. Sebenarnya jarak bandar Makati dengan airport tu dlm stgh jam je tp traffic in Manila is worsttttt ever you know. Horrible. Seriously. Teruk tu tak dapat nak gambar dengan kata-kata. Tak bergerak! Robert muka dah cuak sebab takut kitorg terlepas flight kot, tapi kitorg boleh tergelak-gelak lagi dlm kereta. Mesti Robert pening dengan kitorg ni, bebudak ni takde perasaan cuak ke, boleh bergelak tawa lagi dalam keadaan panik macamni.

Sampai je airport kitorg check in backpack (Philippine Airlines dapat free check in luggage 10kg weh, sebagai backpacker yang selama ni gigih usung backpack besar-besar bawak naik kabin, kami teruja lol. jadi haruslah guna kemudahan yang dia bagi kannnn). butttttt, flight delay. tett. Mesej adik-adik tanya keadaan dorang kat sana, dorang cakap flight dorang pn delay. kahkah. kesian robert, penat je bwk kereta macam nak drift lajunya, dengan cuak apa segala, kalau lah dia tau flight kitorg semua delay mesti dia menyesal sebab rasa cuak tadi. Kihkih. Sorry Robert, and thanks! :D



Sampai airport Cebu dalam pukul 9 lebih. Alahai kecik cinonet je airport domestic cebu ni. masa nak amek backpack, raincover saya hilang! Time tu memang dah geram dah. Tapi tak lama lepastu tetiba nampak raincover saya yg colour striking oren tu terselit dekat bag orang lain. Berlari pegi amek raincover dekat owner bag tu. dia pn buat muka pelik mcm mana bag dia ada raincover wahaha!!!!!

Dalam pukul 10 lebih adik-adik sampai, dan rupa-rupanya backpack La pn kena check in jugak sebab kabin dah tak muat. Haih macam-macam hal. Dah la backpack dia lambat keluar, lepastu bila dah dapat backpack, tengok-tengok backpack dia koyak & drybag dia hilang. Terus si Adila ni panggil customer service air asia bagitau pasal benda ni. Tapi tak boleh nak buat apa sebab La tak ambil insurance air asia. jalan penyelesaiannya haruslah redha sahaja. Mula-mula staff perempuan Filipino tu macam buat muka stress, dia pening taktau nak buat apa. tapi bila dah lama-lama dia pun tergelak dengan gelagat kitorang yang happy go lucky je walaupun tengah ada masalah, terutama bila la & jemah ckp "do you have needle & thread?" KAHKAH! kau sedar tak kau sekarang dekat airport bukannya dekat butik pengantin mahupun rumah kau!? HAHAHAHA lucu lah! dengan staff tu sekali gelak berguling berjemaah malamtu.

Staff tu tinggalkan kitorg kejap, sebenarnya agak lama dia tinggalkan kitorang. time tu kitorang dah fikir mungkin dia pegi call mak dia suruh hantarkan benang dengan jarum. hhahahah! tetiba dia datang bawak sorang lelaki. abang engineerrrrr gais. DAN BAWAK BENANG & JARUM OKAYYYY. hahahaha. mana dia dapat entah. tetiba abang engineer itu bertukar menjadi tukang jahit tolong jahitkan bag La. hahahahahaha!!!! ok, penat gelak. lepas setel semua, kitorang pegi toilet & berkampung dekat toilet untuk tukar baju yang nak pakai utk swim dengan whaleshark siap-siap.

Rombongan Cik Yayan ke Cebu


Untuk trip cebu ni, kitorang amek package 2 hari 1 malam. package tu include transportation & driver from cebu city-oslob-badian-cebu city, swim with whaleshark + tumalog falls + osmena peak + canyoneering @ kawasan falls & lunch lepas habis canyoneering for 5700 peso. malas nk naik public bus semua so kitorang decide dari malaysia nak amek package ni sajo. senang. tak payah pening kepala fikir. driver akan pick up kitorg pukul 2.30am dekat airport cebu. Nanti dekat last entri untuk trip Macau-Manila-Cebu ni saya akan letak semua expenses & contact number pakej okay? :)

lepas tukar baju & berkampung dalam toilet tu, kitorang pegi 1 cafe dekat airport ni untuk masak maggi. air panas 1 cup kena bayar 1 peso. makan maggi yg kitorg bwk dr malaysia je sebab kt situ takde makanan halal pun. cafe ni aircond dia dh tutup agaknya, panas gilo. makan cepat2 then terus keluar duduk dekat kerusi tempat menunggu depan airport. ada lagi 2 jam sementara nak tunggu driver datang. kitorg pn dengan selambernya baring dekat kerusi-kerusi tu tapi kena kejut dengan guard, dia suruh kitorg tidur dalam keadaan duduk tak boleh baring. sabar jela.

Pukul 2 lebih, driver yg pickup kitorg, cik abang nama Jessie pun sampai. jessie ni jenis pemalu kot, tak banyak cakap. boringggg. mula la kitorg compare dia dengan Robert. Jessie ni bak kata jemah, murung je. kitorg pn gelarkan dia jessie yang murung. ahhahaha! Memang lepas masuk je van, kitorang tidur tak sedarkan diri sampai Oslob! hahahaha! padan muka jessie drive dalam gelap pukul 3 pagi sorang-sorang! kohkoh. dari cebu city-oslob makan masa dalam 4 jam.

Tak sabar nak cerita pasal hari kelima. Part whaleshark gelakkan kitorg dalam air tu. hahahahahah! okay nanti sambung, sis nak pegi jalan-jalan ni. Later. bye!

Our Awesome Hostel's Rooftop. AWESOMENESS.

Related Articles

0 orang komen:

Post a Comment

YayannnnB. Powered by Blogger.