Tuesday, April 19, 2016

Percutian ke Macau > Manila > Cebu - Day 5 (Part 1)


Magandang Umaga! *Sila google translate*

Ayuh kita sambung cerita Cik Yayan bersama gadis-gadis superwoman menjelajah bumi Filipina. Hari kelima. One of the best day. So, readyyyy?

Harini seawal 6 pagi kitorang sampai di Oslob untuk aktiviti swimming dengan whaleshark. Tidur dalam van tak sedarkan diri dari airport Cebu tadi. Bukak je mata terus dihadiahkan dengan sunrise di laut Cebu yang terbentang luas. Tengok jam baru pukul 5 pagi tapi dah macam pukul 7 pagi Malaysia. SubhanAllah, besarnya laut Cebu ni. cantik sangat. Tak tergambar dengan kata-kata. Even sampai sekarang pun masih terbayang sunrise pagi di Oslob ni. Terima kasih Tuhan di atas nikmat dapat melihat ciptaanMu ini.

Sampai je dekat tempat whaleshark tu, mashaAllah ramainya orang. Tepuk dahi. Lupa yang harini hari Ahad, so sudah pasti masyarakat setempat berpusu-pusu nak menari dengan whaleshark dalam air tak gitu? Sebelum pergi tengah laut, sempat kitorang jenguk kedai souvenir yang ada dekat situ. Korang kalau datang sini KENA BELI SOUVENIR BANYAK-BANYAK TAU! Janji tau! Sebabbbb, murah. Like seriously, menyesal sungguh tak beli banyak-banyak haritu. Sebab bila dh sampai Cebu City, kedai souvenir tak banyak & agak pricey.

Time ni la guide kitorang untuk canyoneering esok diperkenalkan. Nama dia Chris. Chris ni akan jadi guide kitorang bermula saat ini sampai habis canyoneering esok. Mohon Chris bertabah dengan perangai diva kami ye. Hahahaha! Before start ada briefing sikit-sikit. Dia kasitau, tak boleh pakai sunblock sebab akan membahayakan whaleshark, tak boleh pegang whaleshark, lepastu ada jarak yang korang kena patuhi between korang dengan whale shark and some more. Dah lupa. Sebelum masuk laut tu make sure dengar betul-betul briefing tu, pergi tempat orang jangan nak acah-acah good ye, kalau dia cakap tak boleh pakai sunblock jangan nak jadi diva mengada nak pakai, kesian whaleshark tu. A little consideration won't hurt.

Lepas briefing kitorang diberikan life jacket & goggle. Lepastu naik bot unik yang saya tak pernah jumpa lagi dekat malaysia, dekat tepi-tepi bot tu ada buluh. Senang la orang yang tak reti berenang berpaut dekat buluh tu nanti kan? Buka life jacket lepastu sebelah tangan pegang buluh, lagi sebelah tangan pegang gopro. Lepastu selfie sikit. Haa baru nampak macam pandai berenang kan takde life jacket walhal tangan kau pegang buluh? Kahkah. Siapa yang tak reti berenang sila ikut tips yang sis ajar tu ok. kekekke.

Bila dah sampai tengah laut, dengan ramai orang nya, lepastu ombak kuat sangat-sangat. Dan bermula lah kestressan diriku ini. Kenapa? Sebab life jacket yg dia bagi besar, agaknya size XXl, tak padan dengan daku yang bersize S ini. Mula-mula tak perasan pn life jacket tu besar, tp bila dah masuk air, hah baru kau sedar rupa kau dah macam ahli astronomi di tengah lautan. Whaleshark dalam air pun mesti gelakkan sis. Hmmmm. Kekdahnya, redha dan berserah juga pasrah je lah.

Dengan keadaan ombak yang kuat tu, memang tertelan air masin banyak kali. Sampai nak termuntah. Sebab bau air kat sini sangatlah meloyakan. Bau hanyir whale shark mungkin. Disebabkan ombak kuat, kitorang memang banyak berpaut pada buluh je. Tengah syiok borak atas buluh tiba-tiba boatman jerit "Whaleshark, behind you!" Menggelabah lah kitorang. Bila dia nganga, time tu kau akan nampak mulut dia besar gila dan kau rasa dengan sekali ngap je korang akan ditelan. Besar wehh!

Masa yang diberikan hanya 45 minit je. Sekejap sangat, tak puas. To be honest kitorang tak dpt tgkp gmbr banyak pun sebab ombak yang sangat kuat mematikan perasaan kitorang nak bergambar sambil buat peace dengan whaleshark. Lol. Tercampak-campak gopro, nasib baik pakai floating pole. Memang sedih sambil berhuhuhu sebab datang jauh-jauh tapi tak dapat tangkap gambar dengan whale shark, tapi takpelah. At least dh dpt tengok depan mata. Bukan semua orang dapat rezeki macam tu. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Dalam diam-diam, masa atas bot on the way balik ke darat, tanam niat nak datang balik one day & that time akan pastikan dapat selpie dengan whale shark, dengan suami. Eh. kihkih.









Lepas sampai darat, tak tukar baju pun, sebab nak direct ke Tumalog Falls. Yang kelakornya kan, kereta jessy ni bukan leather. So kalau kitorang duduk basah lah seat tu nanti. Gigih la si jessy dengan si Chris ni lapik seat tu dengan plastik mana tah yang dorang kutip untuk bagi kitorg duduk. Time tu kitorang memang gelak je tengok gelagat dorang berdua ni. Lepas dah lapik seat, terus gerak ke Tumalog Falls. Chris lead van kitorang, dia naik motor. Bukan main lagi dia merempit jauh-jauh tanpa pakai helmet uols. steady lah chris!

Dari Whaleshark nak ke Tumalog Falls perjalanan makan masa dalam 45 minit tak silap. Turun je van dekat tempat parking tu, ingatkan kena jalan kaki sikit je, tapi rupanya kena naik motor. Beratur abang-abang motor dekat parking tu cari customer. I is malu. Naik je motor, terus keluarkan gopro kononnya nak buat video, tapi baru tekan video, tetiba dah sampai. Lerr ingatkan jauh sangat, ni seminit pn tak sampai. Sebenarnya boleh je jalan kaki tapi jalan dia licin sikit & ada naik turun. takpelah, naik motor dah include dlm package. rezeki jangan ditolak please.

Turun motor, kena jalan kaki sikit je dah boleh nampak keindahan Tumalog Falls. SubhanAllah, one word - cantiknyaaaa. Tinggi betul air terjun Tumalog ni. Air dia sejuk macam ais, serious tak tipu! Menggigil kitorang kat dalam air tu. Air dia tak jernih so jangan berangan nak acah acah snorkeling okay. Yang lawaknya, sepanjang kitorang mandi kan si Chris ni berdiri macam bodyguard perhatikan kitorang sambil pegangkan drybag. Tergantung-gantung drybag kitorang tu dekat badan dia. Punyalah dia jaga kitorang betul-betul. Sampai terfikir, "abah aku upah orang filipina untuk jaga aku ke kat sini". Hahahaha.






Tak lama pun dekat Tumalog Falls ni, sebab sejuk sangat & kesian tengok Chris dah macam pak pacak lama-lama berdiri pegang drybag, so lepas mandi & tangkap gambar apa semua, tanya Chris kat mana nak salin baju. Chris pun jalan ke depan, kitorang pun ikut lah tanpa banyak bunyi, dan tiba-tiba Chris berhenti dekat macam satu pondok ni. Dia cakap toilet dekat situ. Astagaaaa. Masing-masing pandang sesama sendiri. Dah la gelap, pastu sekeliling hutan, pintu tak boleh tutup, pastu memang tak nampak apa-apa langsung. Siap berlaga-laga dengan bebudak ni. Kitorang masuk dalam toilet tu berlima. Gelap gelita, suluh guna lampu handphone. Sambil tukar baju tu kitorang membebel dalam bahasa ibunda, "tempat apa lah yang kau bawak kitorang ni chris", "kang kalau ada orang intai mcm mana?" dan macam-macam lagi. mesti si Chris stress je tunggu kitorang dekat luar.

Lepas siap tukar baju, terus naik van & bertolak ke Matutinao Beach Resort. Perjalanan makan masa dalam sejam. Time tu baru pukul 11 pagi. Rasa macam harini sangat panjang, dah macam-macam aktiviti buat tapi baru pukul 11!? Should be dalam itinerari kitorang akan terus ke Osmena Peak tapi Chris cakap balik resort dulu rehat, kita pegi osmena peak petang nanti untuk tengok sunset pukul 3. aiyayy captain! masuk van je, macam biasa.. TIDUR. Zzzz

Related Articles

0 orang komen:

Post a Comment

YayannnnB. Powered by Blogger.