Wednesday, December 28, 2016

FLORES - INTRO



Sebelum saya lupa, sebelum ingatan terluput, saya rasa lebih baik saya start blogging pasal trip saya pada bulan September yang lepas. Ke mana kah kita? FLORES ! Hidden gem di Indonesia. Waktu saya pergi tu masih 'virgin', tapi tak tau lah sekarang ni mungkin dah viral so dah tak anak dara lagi. Eh. Sebenarnya sebelum trip Flores ni ada trip Ho Chi Minh (Februari), Bali (Mei), Jogjakarta (Ogos). Tapi memandangkan saya rasa trip Flores ni yang paling menarik, tertarik dan worth untuk dikongsi, saya share pasal Flores dulu lah. Ibuk ibuk bapak bapak, ayuh kita meneroka kepulauan flores ni! Dengar cerita antara pulau tercantik di Indonesia. Nak tau betul ke tak, jom lah baca kisah seronok saya di Flores.

I believe tak ramai orang tau tentang pulau Flores ni. Yang org ramai tau, macam Bali, Lombok, Krabi. Ye dak? Flores ni adalah sebuah pulau yang terletak di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Antara pulau yang popular dan terbesar di Indonesia. Saya dapat tau pasal Flores ni sejak tahun lepas, masa tu ada ternampak dekat FB gambar-gambar tempat menarik di Indonesia, dan salah satunya Flores. Lepastu saje lah google psl Flores ni, sekali tengok kos nak sampai mana mencekik darah sebab kena naik flight 2 kali. Expenses nak pergi Flores ni dh boleh pergi Korea hokkay. (Pemikiran waktu tu, sebenarnya tak berapa nak ada duit hahah). So terus lupakan niat nak ke Flores.

Nak dijadikan cerita, awal tahun ni ternampak satu blog entri orang Malaysia cerita tentang Flores. Tengok gambar-gambar dia dekat sana, Ya Allah cantiknyaaaa. MashaAllah sisturrrr, itu baru gambar, belum tengok real depan mata lagi. Waktu tu lah bertekad dalam diri nak kena sampai jugak sini dan terus rasa macam "Okay, aku kena pergi sini. No matter what, aku kena kumpul duit untuk ke sini sebelum tempat ni dicemari tangan-tangan jahat." Fuhh gituu ayat sis. jadi, bermula lah sesi menggoogle dan buat research. Untuk pengetahuan korang, waktu saya buat research ni punya lah payah nak dapat info. Yang ada pun blog omputeh. Orang Malaysia nan hado. Ada pun entri lama & tak menyeluruh.

Masa busy buat research tu, tanya lah jugak kawan-kawan siapa yang nak join. Ada yang mula-mula tengok gambar cantik terus nak join tapi bila dengar bajet 1.5k++ terus macam "ok bai". Start planning bulan 3, nak pergi bulan 9. Dalam masa 6 bulan tu, travel partner selalu in and out. Ada yang dh bayar deposit then tak dapat join. Macam-macam. Tapi akhirnya, berjaya jugak kumpulkan 8 orang. Yeeeehaaaa!

Dan pada 15 September 2016, bermula lah pengembaraan seorang Yayan ke Pulau Flores. Trip yang akan diingati sehingga ke akhir waktu...... Eh, nak keluar lunch. Sambung next entri k. bai.


Pulau Padar. Cantik bukan?
No edit/filter. Dah cukup cantik. :)

Related Articles

0 orang komen:

Post a Comment

YayannnnB. Powered by Blogger.